ANTARA PAGI
DAN MALAM HARI
Oleh Kahlil
Gibran
TENANGLAH
hatiku, kerana langit pun tak mendengar.
Tenanglah, kerana bumi
dibebani dengan ratapan kesedihan.
Dia takkan melahirkan
melodi dan nyanyianmu.
Tenanglah, kerana roh-roh
malam tak menghiraukan bisikan rahsiamu,
dan bayang-bayang tak
berhenti dihadapan mimpi-mimpi.
Tenanglah, hatiku.
Tenanglah hingga fajar tiba, kerana dia yang menanti pagi dengan sabar akan
menyambut pagi dengan kekuatan.
Dia yang mencintai
cahaya, dicintai cahaya.
Tenanglah hatiku, dan dengarkan ucapanku.
Tenanglah hatiku, dan dengarkan ucapanku.
DALAM mimpi aku melihat seekor murai menyanyi saat dia terbang di atas kawah gunung berapi yang meletus.
Kulihat sekuntum bunga Lili menyembulkan
kelopaknya di balik salju.
Kulihat seorang bidadari te***jang
menari-menari di antara batu-batu kubur.
Kulihat seorang anak tertawa sambil bermain
dengan tengkorak-tengkorak.
Kulihat semua makhluk ini dalam sebuah mimpi.
Ketika aku terjaga dan memandang
sekelilingku, kulihat gunung berapi
memuntahkan nyala api, tapi tak kudengar murai bernyanyi, juga tak kulihat dia
terbang.
Kulihat langit menaburkan salju di atas padang dan lembah, dilapisi warna putih mayat dari bunga lili yang membeku.
Kulihat kuburan-kuburan, berderet-deret, tegak
di hadapan zaman-zaman yang tenang. Tapi tak satu pun kulihat di sana yang
bergoyang dalam tarian, juga tidak yang tertunduk dalam doa.
Saat terjaga, kulihat kesedihan dan kepedihan;
ke manakah perginya kegembiraan dan kesenangan impian?
Mengapa keindahan mimpi lenyap, dan bagaimana
gambaran-gambarannya menghilang? Bagaimana mungkin jiwa tertahan sampai sang
tidur membawa kembali roh-roh dari hasrat dan harapannya?
DENGARLAH hatiku, dan dengarlah ucapanku.
Semalam jiwaku adalah sebatang pohon yang
kukuh dan tua, menghunjam akar-akarnya ke dasar bumi dan cabang-cabangnya
mencekau ke arah yang tak terhingga.
Jiwaku berbunga di musim
bunga, memikul buah pada musim panas. Pada musim gugur kukumpulkan buahnya di
mangkuk perak dan kuletakkannya di tengah jalan. Orang-orang yang lalu lalang
mengambil dan memakannya, serta meneruskan perjalanan mereka.
KALA musim gugur berlalu dan gita pujinya bertukar menjadi lagu kematian dan ratapan, kudapati semua orang telah meninggalkan diriku kecuali satu-satunya buah di talam perak.
Kuambil ia dan
memakannya, dan merasakan pahitnya bagai kayu gaharu, masam bak anggur hijau.
Aku berbicara dalam
hati,"Bencana bagiku, kerana telah kutempatkan sebentuk laknat di dalam
mulut orang-orang itu, dan permusuhan dalam perutnya.
" Apa yang telah
kaulakukan, jiwaku, dengan kemanisan akar-akarmu itu yang telah meresap dari
usus besar bumi, dengan wangian daun-daunmu yang telah meneguk cahaya
matahari?"
Lalu kucabut pohon jiwaku yang kukuh dan tua.
Kucabut akarnya dari
tanah liat yang di dalamnya dia telah bertunas dan tumbuh dengan subur. Kucabut
akar dari masa lampaunya, menanggalkan kenangan seribu musim bunga dan seribu
musim gugur.
Dan kutanam sekali lagi pohon jiwaku di tempat lain.
Kutanam dia di padang
yang tempatnya jauh dari jalan-jalan waktu. Kulewatkan malam dengan terjaga di
sisinya, sambil berkata,"Mengamati bersama malam yang membawa kita
mendekati kerlipan bintang."
Aku memberinya minum
dengan darah dan airmataku, sambil berkata,"Terdapat sebentuk keharuman
dalam darah, dan dalam airmata sebentuk kemanisan."
Tatkala musim bunga tiba,
jiwaku berbunga sekali lagi.
PADA musim panas jiwaku menyandang buah. Tatkala musim gugur tiba, kukumpulkan buah-buahnya yang matang di talam emas dan kuletakkan di tengah jalan. Orang-orang melintas, satu demi satu atau dalam kelompok-kelompok, tapi tak satu pun menghulurkan tangannya untuk mengambil bahagiannya.
Lalu kuambil sebuah dan memakannya, merasakan manisnya bagai madu pilihan, lazat seperti musim bunga dari syurga, sangat menyenangkan laksana anggur Babylon, wangi bak wangi-wangian dari melati.
Aku menjerit,"Orang-orang tak menginginkan rahmat pada mulutnya atau kebenaran dalam usus mereka, kerana rahmat adalah puteri airmata dan kebenaran putera darah!"
Lalu aku beralih dan
duduk di bawah bayangan pohon sunyi jiwaku di sebuah padang yang tempatnya jauh
dari jalan waktu.
TENANGLAH, hatiku, hingga fajar tiba.
Tenanglah, kerana langit
menghembus bau hamis kematian dan tak bisa meminum nafasmu.
Dengarkan, hatiku, dan dengarkan aku bicara.
Semalam fikiranku adalah
kapal yang terumbang-ambing oleh gelombang laut dan digerakkan oleh angin dari
pantai ke pantai
Kapal fikiranku kosong
kecuali untuk tujuh cawan yang dilimpahi dengan warna-warna, gemilang
berwarna-warni.
Sang waktu datang kala
aku merasa jemu terapung-apungan di atas permukaan laut dan berkata, "Aku
akan kembali ke kapal kosong fikiranku menuju pelabuhan kota tempat aku
dilahirkan."
Tatkala kerjaku selesai, kapal fikiranku.
Aku mulai mengecat
sisi-sisi kapalku dengan warna-warni - kuning matahari terbenam, hijau musim bunga
baru, biru kubah langit, merah senjakala yang menjadi kecil. Pada layar dan
kemudinya kuukirkan susuk-susuk menakjubkan, menyenangkan mata dan menyenangkan
penglihatan.
Tatkala kerjaku selesai,
kapal fikiranku laksana pandangan luas seorang nabi, berputar dalam
ketidakterbatasan laut dan langit. Kumasuki pelabuhan kotaku, dan orang muncul
menemuiku dengan pujian dan rasa terima kasih. Mereka membawaku ke dalam kota,
memukul gendang dan meniup seruling.
Ini mereka lakukan kerana
bahagian luar kapalku yang dihias dengan cemerlang, tapi tak seorang pun masuk
ke dalam kapal fikiranku.
Tak seorang pun bertanya
apakah yang kubawa dari seberang lautan
Tak seorang pun tahu kenapa aku kembali dengan kapal kosongku ke pelabuhan.
Lalu kepada diriku sendiri, aku berkata,"Aku telah menyesatkan orang-orang, dan dengan tujuh cawan warna telah kudustai mata mereka"
Tak seorang pun tahu kenapa aku kembali dengan kapal kosongku ke pelabuhan.
Lalu kepada diriku sendiri, aku berkata,"Aku telah menyesatkan orang-orang, dan dengan tujuh cawan warna telah kudustai mata mereka"
Setelah setahun aku menaiki kapal fikiranku dan kulayari di laut untuk kedua kalinya.
Aku berlayar menuju pulau-pulau timur, dan mengisi kapalku dengan dupa dan kemenyan, pohon gaharu dan kayu cendana.
Aku berlayar menuju
pulau-pulau barat, dan membawa bijih emas dan gading, batu merah delima dan
zamrud, dan sulaman serta pakaian warna merah lembayung.
Dari pulau-pulau selatan aku kembali dengan rantai dan pedang tajam, tombak-tombak panjang, serta beraneka jenis senjata.
Dari pulau-pulau selatan aku kembali dengan rantai dan pedang tajam, tombak-tombak panjang, serta beraneka jenis senjata.
Aku mengisi kapal fikiranku dengan harta benda dan barang-barang lhasil bumi dan kembali ke pelabuhan kotaku, sambil berkata, "Orang-orangku pasti akan memujiku, memang sudah pastinya. Mereka akan menggendongku ke dalam kota sambil menyanyi dan meniup trompet"
Tapi ketika aku tiba di
pelabuhan, tak seorangpun keluar menemuiku. Ketika kumasuki jalan-jalan kota,
tak seorang pun memerhatikan diriku.
Aku berdiri di alun-alun
sambil mengutuk pada orang-orang bahawa aku membawa buah dan kekayaan bumi.
Mereka memandangku, mulutnya penuh tawa, cemuhan pada wajah mereka. Lalu mereka
berpaling dariku.
Aku kembali ke pelabuhan, kesal dan bingung. Tak lama kemudian aku melihat kapalku. Maka aku melihat perjuangan dan harapan dari perjalananku yang menghalangi perhatianku. Aku menjerit.
Gelombang laut telah mencuri cat dari sisi-sisi kapalku, tak meninggalkan apa pun kecuali tulang belulang yang bertaburan.
Angin, badai dan terik
matahari telah menghapus lukisan-lukisan dari layar, memudarkan ia seperti
pakaian berwarna kelabu dan usang.
Kukumpulkan barang-barang
hasil dan kekayaan bumi ke dalam sebuah perahu yang terapung di atas permukaan
air. Aku kembali ke orang-orangku, tapi mereka menolak diriku kerana mata
mereka hanya melihat bahagian luar.
Pada saat itu
kutinggalkan kapal fikiranku dan pergi ke kota kematian. Aku duduk di antara
kuburan-kuburan yang bercat kapur, merenungkan rahsia-rahsianya.
TENANGLAH, hatiku, hingga fajar tiba.
Tenanglah, meskipun
prahara yang mengamuk mencerca bisikan-bisikan batinmu, dan gua-gua lembah
takkan menggemakan bunyi suaramu.
Tenanglah, hatiku, hingga
fajar tiba. Kerana dia yang menantikan dengan sabar hingga fajar, pagi hari
akan memeluknya dengan semangat.
NUN di sana! Fajar
merekah, hatiku. Bicaralah, jika kau mampu bicara!
Itulah arak-arakan sang fajar, hatiku! Akankah hening malam melumpuhkan kedalaman hatimu yang menyanyi menyambut fajar?
Itulah arak-arakan sang fajar, hatiku! Akankah hening malam melumpuhkan kedalaman hatimu yang menyanyi menyambut fajar?
Lihatlah kawanan merpati
dan burung murai melayang di atas lembah. Akankah kengerian malam menghalangi
engkau untuk menduduki sayap bersama mereka?
Para pengembala memandu kawanan dombanya dari tempat ternak dan kandang.
Akankah roh-roh malam menghalangimu untuk mengikuti mereka ke padang rumput hijau?
Anak lelaki dan perempuan
bergegas menuju kebun anggur. Kenapa kau tak berganjak dan berjalan bersama
mereka?
Bangkitlah, hatiku,
bangkit dan berjalan bersama fajar, kerana malam telah berlalu. Ketakutan malam
lenyap bersama mimpi gelapnya.
Bangkitlah, hatiku, dan
lantangkan suaramu dalam nyanyian, kerana hanya anak-anak kegelapan yang gagal
menyatu ke dalam nyanyian sang fajar.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar